Tuesday 3 September 2013

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-56 PERINGKAT KEM PLKN SYRUZ


31 Ogos 2013 - Sambutan Hari Kemerdekaan KE-56 disambut meriah di Kem PLKN Syruz. Turut diadakan bacaan Yaasin dan tahlil di Surau Umi Kalsom dibawah pimpinan Kpl (Ustaz) Zulfazli.








Bersandarkan tema 'Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku' maka, suatu tayangan filem iaitu filem 'Lt Adnan' telah ditayangkan bagi membangkitkan semangat patriotik dikalangan pelatih.






Antara persembahan-persembahan menarik yang disediakan sebelum detik jam 12.00 daripada pelatih: 


Bacaan sajak dari wirawati yang bertemakan
kemerdekaan dibawah bimbingan Cg. Ayu Marni (JL MS)






Lakonan dari pelatih wira yang bertemakan
tugu negara yang dibimbing oleh Cg.Khairul Anuar (JL FIZ)



Kemeriahan Hari Kemerdekaan dapat dirasakan bermula menjelangnya jam 12.00 malam di mana bunga api yang berwarna-warni bergemerlapan di ruang udara Kem PLKN Syruz.




Dewan serbaguna meriah dengan laungan 7 kali merdeka


Pelatih bersemangat mendengar laungan merdeka


Pertunjukkan bunga api yang berwarna-warni
di ruang udara Kem PLKN Syruz



Selain daripada sambutan ambang merdeka, pelatih juga diberikan kejutan sambutan ulang tahun kelahiran pelatih yang jatuh pada bulan kemerdekaan.







Selepas sambutan hari lahir, pelatih disediakan jamuan ringkas....



Wakil ketua kompeni masing-masing mengambil ais krim 


Antara jurulatih-jurulatih yang turut serta
memeriahkan hari kemerdekaan

No comments:

Post a Comment