Sunday 21 July 2013

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK-ANAK YATIM SEMPENA PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI BSKN PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2013



Kem PLKN Syruz telah dilantik sebagai penganjur bagi Program Khidmat Komuniti BSKN Peringkat Negeri Pulau Pinang bersempena Bulan Ramadhan Al-Mubarak tahun 2013. Seramai 100 orang BSKN daripada Kem PLKN Syruz, Kem PLKN Sri Impian, Kem PLKN Sri Mutiara dan Kem PLKN White Resort hadir menjayakan program ini. Program diserikan lagi dengan kehadiran seramai 50 orang Anak-anak Yatim daripada Pertubuhan Belia Didik Anak-anak Yatim Islam (BEDAYA) Kulim, 50 orang Staf dan Jurulatih serta 12 orang jemputan. Program dilaksanakan pada 20 Julai 2013 (11 Ramadhan 1434H) di Kem PLKN Syruz, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.




Objektif pelaksanaan program ini adalah seperti berikut:

2.1 Menyemai dan memupuk semangat sikap kesukarelaan generasi muda.
2.2 Membentuk perwatakan positif menerusi penerapan nilai-nilai murni.
2.3 Menyemarak semangat patriotisme.
2.4 Mengeratkan silaturahim dan kasih sayang sesama insan.


Aturcara Majlis Berbuka Puasa bersama Anak-anak Yatim sempena Program Khidmat Komuniti BSKN Peringkat Negeri Pulau Pinang ini dimulakan dengan program ramah-mesra diikuti dengan ceramah agama yang disampaikan oleh Kpl (Ust) Zulfadzli bin Rejab dan majlis berbuka puasa. Solat Maghrib, Isyak dan Tarawikh secara berjemaah turut dilaksanakan.

Ceramah agama disampaikan oleh Kpl (Ust) Zulfadzli bin Rejab


Ahli BSKN dan Anak-anak Yatim serta semua jemputan bersedia untuk berbuka puasa


Sesi jamuan makan malam



Upacara penyampaian duit raya kepada Anak-anak Yatim (BEDAYA) Kulim telah disempurnakan oleh Komandan Kem PLKN Syruz iaitu Mejar Kamisah binti Salimin TUDM setelah selesai solat Tarawikh.


Persembahan Nasyid oleh Anak-anak Yatim BEDAYA, Kulim


Ucapan oleh wakil BSKN negeri Pulau Pinang


Ucapan oleh Pengusaha Rumah Anak-anak Yatim BEDAYA, Kulim


Ucapan oleh Komandan Kem PLKN Syruz, Bukit Mertajam


Penyampaian sumbangan duit raya kepada Anak-anak Yatim BEDAYA, Kulim


Turut disampaikan sumbangan duit raya kepada ahli-ahli BSKN yang hadir


Sorotan sepintas lalu...


Antara jemputan staf/jurulatih wanita yang hadir

Antara jemputan staf/jurulatih lelaki yang hadir

Antara ahli-ahli BSKN yang hadir

Antara Komandan, TKP dan TKL yang hadir


Pameran dan penerangan daripada Jurulatih Multiskill

Pameran dan penerangan daripada Jurulatih Fizikal

Sesi bersalaman sebelum meninggalkan majlis


Disebalik Tabir...

Cikgu Alaudin dan Cikgu Siti Norakmal selaku Pengacara Majlis

Cikgu Anuar dan Cikgu Nadshafiza selaku AJK Audio

Cikgu Syukran selaku Event Manager