Monday 26 August 2013

PROGRAM CEGAH JENAYAH (PDRM) KUMP 3 SIRI 10/2013 KEM PLKN SYRUZ

Program ini merupakan salah satu daripada program yang berkait rapat dengan komuniti yang mana program ini memberi pendekatan kepada para pelatih bagi mencegah jenayah serta kemalangan jalan raya.

Melalui sesi ceramah dan bimbingan, pelatih diberi peluang untuk menyuarakan pandangan mengatasi jenayah dan masalah yang dihadapi oleh mereka berkaitan jenayah.

Kapt Suriani Idawaty (TKP) bersama Cg Alaudin Siddiqin (Penyelaras Modul Komuniti)
turut hadir mengikuti program tersebut

Penceramah jemputan daripada PDRM sedang menyampaikan ceramah

Pelatih-pelatih sedang mengikuti ceramah yang sedang disampaikan


Selain daripada itu, pihak PDRM turut menyediakan pameran tentang salah laku jenayah serta kemalangan yang membabitkan pengguna motosikal.

Mej Kamisah TUDM (Komandan) turut hadir dan memantau perjalanan program

Antara maklumat jenayah yang dipamerkan

Sesi penerangan daripada PDRM berkenaan kemalangan jalan raya

Wednesday 21 August 2013

KEM PLKN SYRUZ TERIMA PELATIH PLKN KUMP 3 SIRI 10/2013

Kem PLKN Syruz menerima kemasukan pelatih PLKN bagi Kump 3 Siri 10/2013. Pendaftaran pelatih berlangsung selama 3 hari bermula daripada 15 hingga 17 Ogos 2013. Seramai 214 pelatih iaitu 128 Wira dan 86 Wirawati daripada negeri Pulau Pinang dan Perak telah berjaya mendaftarkan diri dan akan mengikuti latihan yang dijadualkan berlangsung lebih kurang tiga bulan.


Corat-coret Sepanjang Sesi Pendaftaran Kemasukan Pelatih


Ketibaan pelatih-pelatih di Kem PLKN Syruz

Pelatih-pelatih mengambil bagasi masing-masing

Pelatih sedang menuju ke Dewan Serbaguna Kem PLKN Syruz untuk sesi pendaftaran

Pelatih-pelatih diberi taklimat pentadbiran pendaftaran oleh Staf Pengurusan Kem

Sesi pendaftaran berlangsung

Pemeriksaan kesihatan oleh Unit Medik, Kem PLKN Syruz

Pemeriksaan bagasi oleh jurulatih bagi pelatih Wira

Pemeriksaan bagasi oleh jurulatih bagi pelatih Wirawati

Monday 19 August 2013

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KOMANDAN KEM PLKN SYRUZ

Pada 18 Ogos 2013 Komandan Kem PLKN Syruz, Mej Kamisah binti Salimin TUDM telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka AidilFitri bertempat di kediaman beliau (Rumah Komandan). Jemputan adalah terdiri daripada semua warga Kem PLKN Syruz. Majlis tersebut berlangsung dengan meriah sebagaimana yang dirancang.


Sebahagian tetamu jemputan yang hadir dikalangan staf/jurulatih


Sebahagian tetamu jemputan yang hadir dikalangan pelatih Kumpulan 3 Siri 10/2013