Tuesday 22 October 2013

PROGRAM KHIDMAT SOSIAL BERSAMA KOMUNITI KOMPLEKS PENJARA SEBERANG PERAI KUMP 3 SIRI 10/2013 KEM PLKN SYRUZ



19 Oktober 2013 - Program Khidmat Sosial pelatih Kem PLKN Syruz Kump 3 Siri 10/2013 bersama komuniti Kompleks Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang telah dijalankan bermula pada jam 8.30 pagi hingga jam 12.30 tengahari melibatkan 193 wira dan wirawati. Komandan Kem, Mej Kamisah Bt Salimin (TUDM), Tuan Rossalim Bin Hashim (TKL), Fsjn Lukman Bin Ali (Ketua Unit Latihan), dan 15 orang Jurulatih turut hadir dalam program khidmat sosial pada hari tersebut. Program ini telah mendapat kerjasama daripada Jabatan Penerangan Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang.

Corat-coret sepanjang program khidmat sosial...

 Wira dan wirawati berbaris sebelum masuk ke dalam dewan

Wajah-wajah ceria wira dan wirawati semasa berada di dalam dewan

Pameran daripada pihak kompleks penjara Seberang Perai

Wira dan wirawati menikmati minum pagi sebelum taklimat dimulakan

Duduk dari kiri: Komandan Mej Kamisah bt Salimin TUDM, Pn Siti Munirah (Ketua Peg Penjara), Cg Siti Zawiyah (Ketua Jurulatih Multiskill)

Kata-kata aluan daripada Hj Nadzri Bin Ismail (Peg Penerangan Seberang Perai Tengah)

 
 Ucapan daripada Komandan Mej Kamisah bt Salimin TUDM


Taklimat yang disampaikan oleh En Azman Bin Ahmad (Peg Unit Pemulihan, penjara Seberang Perai)...

 

Program berakhir dengan bacaan doa dan lawatan ke galeri kompleks penjara...

Ustaz Firdaus

Antara produk-produk berkualiti yang terdapat di galeri kompleks penjara Seberang Perai

Friday 11 October 2013

HARI TERBUKA KEM BAGI KUMP 3 SIRI 10/2013 KEM PLKN SYRUZ




20 Oktober 2013 - Hari Terbuka Kem telah berlangsung dengan meriahnya bertempat di Kem PLKN Syruz, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Hari terbuka diadakan bersempena dengan Majlis Kesyukuran dan meraihkan Ulangtahun ke-10 Program PLKN ditubuhkan. Selain daripada warga kem PLKN Syruz yang terdiri daripada staf-staf pengurusan, jurulatih-jurulatih, operator kem serta wira dan wirawati, pengunjung dari luar kem juga turut memeriahkan suasana pada hari tersebut. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh komandan kem, Mej Kamisah Bt Salimin (TUDM). Suasana yang meriah dengan pelbagai acara yang menarik menggamatkan lagi hari terbuka bagi Kump 3 Siri 10/2013 Kem PLKN Syruz.


Corat-coret (19 Oktober 2013) sebelum hari terbuka kem...


  Gotong-royong oleh kem operator, jurulatih-jurulatih serta wira dan wirawati
 Jurulatih bersama wira dan wirawati membuat persiapan sebelum hari terbuka

Corat-coret sepanjang hari terbuka kem...

Ketibaan Komandan (Mej Kamisah Bt Salimin TUDM) dan Tkl (Tn Rossalim Bin Hashim) diiringi oleh staf-staf pengurusan
Nyanyian Lagu 'Negaraku' & 'Khidmat Negara'
 Kpk ( Mohd Aizat Asyraff bin Mohd Azmi ) melapor kepada komandan 
( Mej. Kamisah binti Salimin, TUDM )


Antara tetamu yang hadir
 
Cg. Syamsyol & Cg Nor Hazwani selaku pengacara majlis bagi acara di padang kawad
Kata-kata aluan dari komandan (Mej Kamisah bt Salimin TUDM) seterusnya merasmikan hari terbuka kem bersama Tkl ( Tn. Rossalim bin Hashim)

Bacaan doa dipimpin oleh Al- Fadil Ustaz (Sjn. Zulfadzli bin Rejab)

Antara aktiviti/acara yang menggamatkan suasana pada hari tersebut...

Acara pembuka tirai iaitu 'Senamseni' diketuai oleh Jurulatih Fizikal (Cg Nor Hazwani, Cg Nazura,
Cg Siti Fatimah & Cg Nazirah)
 Persembahan Kawad Senyap dari sebahagian Wira & Wirawati diketuai oleh Kpk 
(Mohd Aizat Asyraff bin Mohd Azmi)





Persembahan 'HAKKA' & 'Tempur Tanpa Senjata' (TTS) oleh Wira dan Wirawati



Pengunjung terhibur dengan persembahan dari Wira & Wirawati Kem PLKN Syruz
 Demonstrasi 'Tali Tinggi' daripada wakil setiap kompeni (Alpha/Bravo/Charlie)
 Pertandingan memancing terbuka kepada semua pengunjung yang datang pada hari tersebut
Pameran daripada Jurulatih Multiskill & Jurulatih Fizikal
Gerai-gerai jualan yang menarik perhatian pengunjung

Antara aktiviti/acara di dalam dewan pada hari tersebut...

 'Music Chair'
Boling Kelapa
 'Ikatan Kasih'
'Tiupan Kasih'




Ketibaan VIP: En Azhar Ansari Bin Dato' Wira Dr Affifudin (CEO, Syruz Group), Mej Kamisah Bt Salimin (TUDM), Komandan, Kapt Suriani Idawaty Bt Janudin (TUDM), TKP 
& Tn Rossalim Bin Hashim (TKL)  


 Persembahan pembukaan daripada wira kem PLKN Syruz (Tarian Singa & Taekwando)
 
Ucapan daripada En Azhar Ansari Bin Dato' Wira Dr Affifudin (CEO, Syruz Group)
 
Persembahan karaoke istimewa daripada En Azhar Ansari Bin Dato' Wira Dr Affifudin
 (CEO, Syruz Group) & Mej Kamisah Bt Salimin TUDM, Komandan Kem

Sebahagian pengunjung di dalam dewan yang hadir pada hari terbuka
Persembahan tarian daripada wirawati Kem PLKN Syruz

 
Persembahan Nasyid daripada wira Kem PLKN Syruz





Penyampaian hadiah kepada pemenang setiap pertandingan sepanjang hari terbuka sebagai penutup tirai pada hari tersebut...
 Jamuan makan kenduri sempena majlis kesyukuran & sambutan ulangtahun ke-10 PLKN