Tuesday, 3 September 2013

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-56 PERINGKAT KEM PLKN SYRUZ


31 Ogos 2013 - Sambutan Hari Kemerdekaan KE-56 disambut meriah di Kem PLKN Syruz. Turut diadakan bacaan Yaasin dan tahlil di Surau Umi Kalsom dibawah pimpinan Kpl (Ustaz) Zulfazli.








Bersandarkan tema 'Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku' maka, suatu tayangan filem iaitu filem 'Lt Adnan' telah ditayangkan bagi membangkitkan semangat patriotik dikalangan pelatih.






Antara persembahan-persembahan menarik yang disediakan sebelum detik jam 12.00 daripada pelatih: 


Bacaan sajak dari wirawati yang bertemakan
kemerdekaan dibawah bimbingan Cg. Ayu Marni (JL MS)






Lakonan dari pelatih wira yang bertemakan
tugu negara yang dibimbing oleh Cg.Khairul Anuar (JL FIZ)



Kemeriahan Hari Kemerdekaan dapat dirasakan bermula menjelangnya jam 12.00 malam di mana bunga api yang berwarna-warni bergemerlapan di ruang udara Kem PLKN Syruz.




Dewan serbaguna meriah dengan laungan 7 kali merdeka


Pelatih bersemangat mendengar laungan merdeka


Pertunjukkan bunga api yang berwarna-warni
di ruang udara Kem PLKN Syruz



Selain daripada sambutan ambang merdeka, pelatih juga diberikan kejutan sambutan ulang tahun kelahiran pelatih yang jatuh pada bulan kemerdekaan.







Selepas sambutan hari lahir, pelatih disediakan jamuan ringkas....



Wakil ketua kompeni masing-masing mengambil ais krim 


Antara jurulatih-jurulatih yang turut serta
memeriahkan hari kemerdekaan

'HAPPY HOUR' ANJURAN STAF PENGURUSAN KEM PLKN SYRUZ

26 Ogos 2013 - “Happy Hour” Kem PLKN Syruz bagi bulan Ogos 2013 berlangsung dengan meriahnya diperkarangan Pejabat Pengurusan Kem PLKN Syruz. Majlis tersebut dianjurkan oleh staf-staf pengurusan yang terdiri daripada staf-staf Pentadbiran, Logistik dan Medik. Majlis telah dihadiri oleh komandan Kem iaitu Mej Kamisah binti Salimin TUDM, jurulatih-jurulatih fizikal dan multiskill. Majlis tersebut turut dihadiri oleh pihak Kem Operator. Selain daripada jamuan makan turut diadakan cabutan bertuah. 


Corat-coret sepanjang majlis... 

Persiapan terakhir dari staf-staf Pengurusan

Sepatah dua kata daripada Komandan Kem

Sebahagian tetamu yang hadir



Sunday, 1 September 2013

MAJLIS PERSEMBAHAN PEMBINAAN PASUKAN PELATIH PLKN KUMP 3 SIRI 10/2013 KEM PLKN SYRUZ




30 Ogos 2013 - Majlis persembahan Pembinaan Pasukan Pelatih PLKN Kump 3 Siri 10/2013 telah diadakan di Dewan Serbaguna yang dihadiri oleh semua pelatih wira/wirawati, jurulatih dan staf yang mana setiap kompeni mempersembahkan pembentangan masing-masing, iaitu:

1. Kompeni Alpha
2. Kompeni Bravo
3. Kompeni Charlie


Antara staf/jurulatih yang turut hadir 


Persembahan Pembukaan (Tarian 1 Malaysia) dibawah bimbingan
Cg Zunaidah (JL Ms) dengan dibantu oleh Cg Hazwani (JL Fiz)


Pelatih bersiap sedia menantikan giliran persembahan kompeni masing-masing




Corat-coret Sepanjang majlis persembahan pembinaan pasukan:


Pembentangan dari Kompeni Alpha

Sorakan dari Kompeni Alpha

Persembahan bagi Kompeni Alpha yang menarik diiringi bendera Malaysia

Bendera Kompeni Aplha

Pembentangan dari Kompeni Charlie

Persembahan sampingan dari Kompeni Charlie yang
melambangkan keharmonian kaum

Sorakan dari Kompeni Charlie

Bendera Kompeni Charlie

Persembahan terakhir bagi persembahan Pembinaan Pasukan antara Kompeni adalah dari Kompeni Bravo merangkap JUARA bagi persembahan Pembinaan Pasukan Kump 3 Siri 10/2013, TAHNIAH dicapkan...

Pembentangan dari Kompeni Bravo
Persembahan yang menarik dari Kompeni Bravo
Sorakan gabungan bersama pelatih wira dan wirawati

Bendera Kompeni Bravo



Barisan pengadil yang mengadili persembahan Pembinaan Pasukan

Pengumuman pemenang oleh FSjn Wamri

Keadaan Dewan Serbaguna yang riuh-rendah dengan
laungan nama kompeni masing-masing


Persembahan diakhiri dengan nyanyian lagu 1M4U