Thursday, 26 June 2014

MODUL INTEGRASI KUMPULAN 2 SIRI 11/2014 KEM SYRUZ

MODUL INTEGRASI KEM PLKN SYRUZ TELAH BERLANGSUNG SEPANJANG 9 HINGGA 13 JUN 2014. ANTARA ACARA YANG DIADAKAN ADALAH PERTANDINGAN WAU DAN LAYANG-LAYANG SERTA RUMAH TERBUKA 1 MALAYSIA.





Komandan Kem, Mejar Kamisah bt Salimin TUDM gembira tak terkata menyaksikan kemeriahan rumah terbuka 1 Malaysia....



Rumah terbuka Deepavali dari Kompeni Bravo...


Johan khemah hiasan tercantik dari kompeni Delta. Macam khemah pengantin dah nampak gayanya....


Khemah Kompeni Charlie


Khemah Kompeni Alpha

Wau dan Layang-layang yang sempat disiapkan oleh setiap Kompeni:-



















Sekitar kemeriahan sambutan Rumah Terbuka 1 Malaysia Kem PLKN Syruz :-


Kompeni Charlie




Kompeni Delta




Puan Komandan menyalakan api pada 'kolam' sebagai simbolik kepada keistimewaan perayaan yang sedang disambut..





























Santa Clause pun ada...



Tinggi bukit gilang-gemilang
Air laut tenang-tenangan
Budi sedikit tidakkan hilang
Itu menjadi kenang-kenangan

Sekian saja kenangan yang ada untuk tatapan anda semua



Wednesday, 25 June 2014

MAJLIS "HAPPY HOUR" KEM PLKN SYRUZ

Majlis "HAPPY HOUR" pelatih Kumpulan 2 Siri 11/2014 Kem PLKN Syruz telah diadakan pada 28 Mei 2014 bertempat di Dewan Serbaguna kem. Pelbagai acara telah diatur untuk memeriahkan suasana dengan tema 'colour block'.  Majlis ini sangat bererti kepada pelatih kumpulan ini kerana sebahagiannya telah mendapat pelepasan awal untuk sambung belajar.  



Pasukan kompang dan bunga manggar siap sedia menanti acara dimulakan bersama cikgu Ahmad.


Komandan diiringi oleh TKL En Rossalim b Hashim.




Tarian Singa pun ada...








Persembahan 'Hakka' dari pelatih...pimpinan Cikgu Kamarudin.


Ucapan Aluan dari Komandan beserta titipan nasihat kepada pelatih yang akan pulang awal...


Cenderahati dari pelatih kepada Komandan..



Kek 'Happy Birthday' dan salam perpisahan yang disediakan sebagai meraikan pelatih wira dan wirawati yang lahir bulan Mei:-

Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan...














Saturday, 21 June 2014

BOWLING MAC 2014

Pertandingan Bowling Kem PLKN Syruz, Bukit Mertajam Pulau Pinang.  Rekreasi seperti ini merupakan antara acara yang dilaksanakan bertujuan menyatukan semua Staf dan Jurulatih setiap kali pelatih tamat latihan bagi setiap kumpulan. Acara rekreasi kali ini diketuai oleh Timbalan Komandan Pengurusan, Kapten Suriani Idawati bt Janudin TUDM dengan dibantu oleh staf pengurusan.   


Memori terindah yang sempat dirakam lensa kamera:-



Inilah antara barisan Staf dan Jurulatih yang hadir memeriahkan suasana.




Tu diaaa, Komandan and The Gang serba merah....












Antara hadiah yang disediakan kepada pemenang...


Dapat nombor 2 ja En Wamri kita ni. Patut la masam je...


Zunaidah, awat teruk sangat pose macam tu.....apepun, Puan Komandan kita tetap tersenyum riang.






Inilah dia antara insan-insan terhebat yang dapat score tertinggi...syoknya depa.
 Ada apa ya dalam tu...hahaha