Friday, 11 October 2013

PERTANDINGAN KEMBARA HALANGAN PELATIH KUMPULAN 3 SIRI 10/2013 KEM PLKN SYRUZ

10 Oktober 2013 - Pertandingan Kembara Halangan diadakan di Tapak Kembara Halangan pada jam 3.30 petang dan tamat pada pada jam 5.00 petang. Aktiviti ini merupakan salah satu dalam Modul Fizikal. Setiap kompeni diwakili oleh 15 Wira dan 15 Wirawati. Setiap elemen diletakkan seorang jurulatih untuk mencatat markah dan dipantau oleh jurulatih-jurulatih.Mej.Kamisah binti Salimin TUDM (komandan) turut hadir sepanjang pertandingan berlangsung seterusnya mengumumkan pemenang-pemenang dan menyempurnakan penyampaian hadiah.

Corat-coret sepanjang pertandingan kembara halangan...

Urusetia

Permulaan pertandingan kembara halangan

Swinging brigde

 Tembok 6 kaki
Balancing walk

Monkey rack

Tarzan swing 

Tunnel

Wire grating

Tembok 12 kaki

Pelatih-pelatih berkumpul selepas pertandingan selesai

Ucapan dan pengumuman pemenang pertandingan kembara halangan
dari Mej Kamisah binti Salimin TUDM (komandan)

Pertandingan kembara halangan wirawati dimenangi oleh kompeni charlie

Bagi pertandingan kembara halangan wira jatuh kepada kompeni charlie

Thursday, 10 October 2013

PROGRAM "JOM DERMA DARAH" PELATIH KUMP 3 SIRI 10/2013 KEM PLKN SYRUZ

 

11 Oktober 2013 - Program 'Jom Derma Darah' bagi Kump 3 Siri 10/2013 telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Dewan Serbaguna, Kem Plkn Syruz. Program yang mendapat kerjasama daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang) telah dirasmikan oleh Komandan Kem, Mej Kamisah Bt Salimin TUDM. Program yang bermula pada pukul 9.00am dan tamat pada pukul 12.00pm telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga Kem PLKN Syruz khususnya bagi Kump 3 Siri 10/2013.


Coretan peristiwa sepanjang Program 'Jom Derma Darah'...

    Kakitangan Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang sedang membuat persiapan sebelum program bermula 
                         
Sesi pendaftaran wira dan wirawati yang terlibat dalam program 'Jom Derma Darah'
   
Mej. Kamisah Bt Salimin TUDM (komandan) turut hadir dalam program tersebut

  Sesi pemeriksaan kesihatan terhadap staf pengurusan, jurulatih serta wira dan wirawati 
          yang terlibat dalam 'Derma Darah'        
                                       
Kakitangan Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang sedang menjalankan Sesi 'Derma Darah'
  
 Program 'Jom Derma Darah' selesai dengan suasana yang ceria

PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI KUMP 3 SIRI 10/2013 KEM PLKN SYRUZ

7 Oktober 2013 - Program Khidmat Komuniti dilaksanakan di Kampung Tun Sardon, Pulau Pinang pada 8.30 pagi dan tamat pada jam 1.45 petang. Seramai 190 pelatih yang terlibat diiringi Jurulatih Kem PLKN Syruz. Komandan Kem, Mej Kamisah binti Salimin TUDM juga turut hadir memeriahkan program Khidmat Komuniti yang merupakan salah satu modul teras dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), khususnya pelatih Kump 3 Siri 10/2013. Penduduk Kampung Tun Sardon turut serta dalam semua aktiviti yang dilaksanakan sepanjang program pada hari tersebut.


Corat - coret sepanjang program Khidmat Komuniti...
Wira dan wirawati berbaris di perkarangan Masjid Jamek Ara Kuda, Kg Tun Sardon
Ucapan pembukaan daripada Hj Nadzri Bin Ismail (Peg Penerangan Seberang Perai Tengah)

Ucapan alu-aluan daripada En Mohd Noor Bin Hanapiah (Pengerusi Komuniti 1 Malaysia, Kg Tun Sardon)



Komandan Kem serta Jurulatih yang terlibat


Nyanyian Lagu 1 Malaysia oleh wira dan wirawati



Wira dan wirawati menikmati makanan sebelum program berlangsung



Antara aktiviti-aktiviti menarik pada hari tersebut...

Pameran Kesihatan daripada Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang





Peserta-peserta di kalangan jurulatih, wira dan wirawati, penduduk Kg Tun Sardon


Perlawanan Futsal

Sukaneka (mengisi air di dalam botol)

Sukaneka (Tarik Upih)


Sukaneka (Boling Kelapa)


Ceramah bertajuk 'TAK NAK MEROKOK' oleh Dr Norliza (Hospital Seberang Jaya)




Program menutup tirai dengan penyampaian cenderahati, cabutan bertuah, hadiah bagi setiap pertandingan dan makan tengahari...


Juadah makan tengahari yang sungguh menyelerakan...