Thursday, 19 June 2014

"HAPPY HOUR" ANJURAN JURULATIH MULTISKILL 16 MEI 2014

SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA


Dari Melaka ke negeri Pahang
Singgah di Johor beli berangan

Kami ucapkan selamat datang

Apa yang kurang dikeji jangan




Lebat rumbia dahannya rendah

Sayang senduduk ditepi muara
Penganan mulia terletak sudah

Samalah duduk menjamu selera



Ikan haruan didalam sira
Mari dilepas kedalam paya
Silakan tuan menjamu selera

Makan dan minum sudah sedia



Tanam tembikai di Bukit Lada

Bersama pokok si pasak bumi

Silalah makan sekadar ada

Inilah saja kemampuan kami






Walaupun ringkas, kalau makan pasti kenyang. Antara menu yang disediakan:-
  • Mee Kari
  • Laksam
  • Puding
  • Jus Tembikai



Cikgu Lini: " Bila nak boleh makan ni"
Cikgu Jiah: "Sabaq Kak Lini, tak lambat dah."



Kesabaran tuan rumah dan juga tetamu amatlah dipuji. 

Baca doa makan dulu.

اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْمَا رَزَقْتَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Maksudnya : Ya Allah berkatilah kami pada apa yang telah Engkau rezekikan kepada kami dan jauhkanlah kami dari azab neraka.






Cedok jangan tak cedok cikgu.


Cikgu Nisa: "Sapa boleh teka berapa pinggan diatas meja ni, saya bagi RM2"
Cikgu Awin : " Ok, Saya bagi percuma puding pada yang berjaya teka"

Wajah-wajah keriangan dan kekenyangan kerana baru dapat makan.


Doa selepas makan
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِيْ أَطْعَمَنَا وَسَقَانَا وَجَعَلَنَا مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ

Maksudnya : Segala puji bagi Allah Yang telah memberi makanan dan minuman kepada kami, dan telah menjadikan kami tergolong dalam orang-orang Muslim.

Kalau ada sumur diladang
Bolehlah saya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi.

SEKIAN.

No comments:

Post a Comment