Wednesday 6 November 2013

MAJLIS PENUTUP DAN MALAM SIMPULAN KASIH BAGI KUMPULAN 3 SIRI 10/2013 KEM PLKN SYRUZ

30 Oktober 2013 - Majlis Penutup dan "Malam Simpulan Kasih" bagi Kumpulan 3 Siri 10/2013 telah berlangsung dengan penuh warna-warni di dewan serbaguna Kem PLKN Syruz. Majlis yang dihadiri oleh Komandan Kem, Mej Kamisah bt Salimin TUDM, TKP, Kapt Suriani Idawaty Bt Janudin TUDM, Tn Rossalim Bin Hashim (TKL), staf-staf pengurusan, jurulatih multiskill & jurulatih fizikal serta wira dan wirawati  Kumpulan 3 Siri 10/2013. Majlis yang bermula pada jam 9.00pm dan bertemakan 'Malam Bollywood' telah menjadi salah satu memori terindah bagi setiap individu yang hadir pada malam tersebut. 


Corat-coret sepanjang Majlis Penutup & Malam Simpulan Kasih...


 
Pasukan 'Kompang' serta wira & wirawati sempat mengambil gambar sewaktu menunggu ketibaan VIP
Ketibaan VIP: Mej Kamisah Bt Salimin TUDM, Komandan, Kapt Suriani Idawaty Bt Janudin TUDM, TKP 
& Tn Rossalim Bin Hashim (TKL)  
Sesi bergambar Komandan bersama staf- staf pengurusan & jurulatih-jurulatih




Mej Kamisah Bt Salimin TUDM, Komandan, menyalakan pelita di sekeliling 'Kolum'  disaksikan oleh Kapt Suriani Idawaty Bt Janudin TUDM, TKP & Tn Rossalim Bin Hashim (TKL)  

Pengacara majlis pada malam tersebut iaitu Cg Alaudin & wirawati Koo Chen Ling

Antara tetamu yang hadir dan telah memeriahkan malam bertemakan 'Malam Bollywood'
Antara persembahan memukau daripada jurulatih & wira dan wirawati Kump 3 Siri 10/2013

Tetamu menikmati Jamuan Makan Malam dengan penuh keceriaan

Penyampaian sijil kepada wira & wirawati terbaik dan hamper kepada kompeni yang memenangi pertandingan sepanjang aktiviti Kump 3 Siri 10/2013




Kompeni terbaik keseluruhan dimenangi oleh Kompeni BRAVO
 
'Mentor' terbaik dianugerahkan kepada Cg Nurul (JL Multiskill ) & Cg Nazura (JL Fizikal)
Ucapan daripada komandan, Mej Kamisah Bt Salimin TUDM, & seterusnya merasmikan Majlis Penutup disaksikan oleh Kapt Suriani Idawaty Bt Janudin TUDM, TKP & Tn Rossalim Bin Hashim (TKL) 
Penyampaian cenderahati daripada Kompeni BRAVO kepada Komandan, Mej Kamisah Bt Salimin TUDM
Persembahan penutup istimewa oleh Komandan, Mej Kamisah Bt Salimin TUDM
Sesi bersalam-salaman pelatih bersama semua staf & jurulatih di akhir majlis pada malam tersebut

No comments:

Post a Comment