Wednesday 6 November 2013

PERBARISAN BULANAN KOMANDAN BAGI BULAN OKTOBER 2013 KEM PLKN SYRUZ

9 Oktober 2013 - Perbarisan bulanan Komandan bagi bulan Oktober telah diadakan di Dewan Serbaguna, Kem PLKN Syruz pada jam 2.30 petang. Bersempena perbarisan tersebut telah berlangsung Pemakaian Pangkat kepada Sjn (Ustaz) Zulfadzli bin Rejab dan juga penyampaian watikah perlantikan Ketua Jurulatih (KJ) dan Timbalan Ketua Jurulatih (TKJ) bagi Multiskill dan Fizikal yang disempurnakan oleh Mej Kamisah binti Salimin TUDM selaku Komandan Kem. Di dalam ucapan Komandan menekankan kesedaran menjaga kesihatan dan kebersihan termasuk juga menyeru semua staf, jurulatih serta wira dan wirawati mengekalkan tahap disiplin yang tinggi bagi menjaga nama baik Kem PLKN Syruz.

Corat-coret sepanjang perbarisan bulanan Komandan...






Jurulatih dan staf pengurusan berbaris menunggu ketibaan Komandan Kem


Ketua Penuntut Keseluruhan (KPK) melapor



 Nyanyian lagu Negaraku diikuti dengan lagu Khidmat Negara

 

 
Bacaan Ikrar oleh Wira dan Wirawati

 

 
 Upacara pemakaian pangkat kepada Sjn (Ustaz) Zulfadzli bin Rejab 




Penyampaian watikah perlantikan kepada KJ & TKJ Multiskill dan KJ & TKJ Fizikal


Pengacara Majlis iaitu Cg Ayu  (JL Multiskill) & Cg Nazirah (JL Fizikal)








Sebahagian jurulatih-jurulatih & wira dan wirawati yang hadir pada hari tersebut


Ucapan serta amanat daripada Komandan Kem, Mej Kamisah Bt Salimin (TUDM)


Perbarisan bulanan komandan diakhiri dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Sjn (Zulfadzli Bin Rejab)

No comments:

Post a Comment